Followers

Tuesday, July 27, 2010

Cermin ajaib....

Hmmm...entry kali ni...cermin ajaib...he...he..he.. ajaib sebab ada bunga jer... apa apa pun cuci la mata anda ngan cermin ku ini...ni guna color transparent magenta ngan light buttermilk untuk bunga tu...


Punya la payah nak amik gambar cermin ni...mencabar betul kejap masuk muka jurugambar...kejap..budak2 kacau daun...baru la dapt yg elok sikit ni....

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban ( Selasa,27 Julai 2010 bersamaaan 15 Syaaban 1431H)

Nisfu Syaaban
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Antara kelebihan bulan sya’baan ialah:
  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“ pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
“ adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”

Monday, July 19, 2010

Allah Muhammad...



Salam semua....
Allah Muhammad...dah lama teringin nak buat ni...cuma masa tak mengizinkan...template ni pun dah lama amik dari Ira...sebelum g blajar ngan  Ira lagi...bunga bunga ros tu sedaya upaya nak kasi sama color dan bentuk dia tapi tak jadi gak...Wording Allah Muhammad macam biasa buat ngan paint marker jaa....time nak buat baris yg kecik kecik tu...fuhh...tak bernafas kejap...takut takut bergerak kang terkeluar dari baris yg kecik dan slim tu...gambar ni plak tak sempat nak habis sent ke laptop...bluetooth problem plak...publish je lar yg senget ni pun...ada yang berminat ke...?  
kalau nak email kat Anie   anie.dwen@yahoo.com atau boleh sms/call  019 4121275

Tuesday, July 13, 2010

Signage Utk No Rumah/Nama...Boleh tempah kalau berminat

 
Entry kali ni adalah FA Anie yg pertama buat completed...buat mcmcikgu punya tips gesso 2 ,3 x...then buat stripe la plak...yang kat atas ni b4 color wording dia..buat cara senang ja...takdak trace paper pun...hu...hu...hu...print out ja font tu...pastu conteng ngan pencil kat belakang dia...then lekat ngan masking tape kat atas papan ni..trace ja kat atas dia...ni cara orang miskin ni....kalau sapa2 perasan ada nampak kat papan tu bekas pencil tu... :)



Ingin membuat tempahan ? Nak tulis apa apa sahaja...nama anda..nama cik adik, cik abang atau nama anak kesayangan juga boleh letak wording seperti Home Sweet Home...atau apa apa sahaja lah...pendek kata semua boleh tulis...request je...kalau nak email kat Anie   anie.dwen@yahoo.com
atau boleh sms/call  019 4121275

Wednesday, July 7, 2010

Percubaan pertamaku...

Inilah dia N3 kali ni....percubaan pertama lukis kat atas benda yang besar...tak silap nama dia corrigator board kot ...ntah lah...apa apa board pun ...janji boleh wat lukis...Sebenarnya baru beli berus besar ckit..beli kat Razna lah  plak...tu yang kalut nak melukis roses nih...jadilah roses yg tembam....maybe tak pandai nak guna berus ni lagi kot...+ tukang lukis pun tak berapa nak pandai .
 Huruf jawi tu mintak kat cikgu yg baik hati...mula mula guna paint marker hitam, pastu rasa back ground kat blakang dah gelap letak border putih plak...tadi hubby lak kata tak clear sangat plak..p letak wording dia putih plak...rasa macam tak elok la plak...waaaa....nanti dah siap kita buat pameran noo...

Thursday, July 1, 2010

Roses atas pinggan

Ini lah N3 terbaru...melukis di atas pinggan.Jenuh juga lukis atas pinggan nih...cat asyik nak tanggal jer... b4 nak buat kelopak yg baru kat atas dia kena pastikan yg b4 tu dah kering, kalau tidak abis tanggal cat yg kat bawah...lukis kat atas kertas senang jer.....Ini pun jadi kelawar(cikgu pun kelawar gak....sesuai la anak murid pun jadi kelawar...he..he..he..)ada masa painting pun masa orang lain dah tido, baru tak tergendala buat bunga nih...
Kat bawah ni close up ckit...